HOKI
Kelayakan Sukan Olimpik: Misi hidup mati Speedy Tigers
Ketua jurulatih skuad hoki negara, Arul Selvaraj, menyifatkan peluang masih terbuka buat Malaysia dalam memastikan slot ke separuh akhir saingan Kelayakan Sukan Olimpik Paris.
Malaysia melewati dua langkah kiri dalam perjalanan melayakkan diri ke Sukan Olimpik, tewas 3-2 kepada China sebelum tunduk kepada Great Britain 4-1.
Menyedari situasi makin tipis, Arul tetap meletakkan harapan untuk memastikan Malaysia melangkah ke separuh akhir dengan syarat mengatasi Pakistan dalam perlawanan berikutnya.
"Walaupun kita tewas 4-1, jaringan gol itu amat penting untuk dibawa ke perlawanan menentang pakistan sebab di standing sekarang kita mempunyai -4, Pakistan mempunyai -3, dan China mempunyai -1," kata Arul.
"Pasukan China akan beraksi dengan pasukan Great Britain, jaringan gol juga akan menentukan tempat kedudukan China nanti. Dan kita harus menang dengan pasukan Pakistan untuk membawa diri kita ke separuh akhir.
"Perlawanan petang tadi melawan Great Britain, kita harus bermain dengan taktikal yang berdisiplin tinggi supaya kita dapat memberi cabaran untuk mendapatkan kemenangan atau seri.
"Kita cuba dalam dua suku yang pertama, banyak corak permainan bertahan telah diterapkan, kita berjaya mendapat satu jaringan dan keputusan seri 1-1 di separuh masa pertama.
"Tetapi bermulanya separuh masa kedua, nampak kepantasan pemain-pemain Great Britain yang menunjukkan mereka berada di kelompok 1,2,3 dunia. Kepantasan mereka menghantar bola panjang dan juga kemahiran ketika menerima hantaran mereka yang nampak ketara prestasi mereka, mereka mendapat jaringkan dua gol, so setelah situasi 3-1, kita harus menukar sedikit taktikal play kita dan cuba menguasai masa dengan bermain dengan masa supaya tidak melepaskan lebih banyak jaringan sebab jaringan akan menentukan kita bila kita bermain dengan pakistan supaya kita dapat melayakkan diri ke separuh akhir dengan jaringan gol yang lebih baik.
"Esok hari berehat, so pemain akan gunakan hari berehat. Ada sedikit kecederaan jadi diharap pasukan medikal kita dapat membawa kembali pemain-pemain tersebut untuk beraksi lawan Pakistan. dan kita akan buat sedikit post mortem perlawanan lawan Great Britain pada malam esok dan hari seterusnya, kita bermain pada jam 8.45 malam waktu Oman, Jadi kita akan gunakan waktukan siang untuk buat preparation yang rapi daripada segi video analysis kita untuk bertemu Pakistan."
Malaysia akan kembali turun ke gelanggang bertemu Pakistan pada Jumaat jam 12.45 pagi.