HOKI

Kelayakan Sukan Olimpik: Gout ganggu rentak Faizal Saari

Shaiful Shamsudin 05/01/2024 | 06:29 MYT
The Speedy Tiger tidak mampu lagi mengambil percaturan terlalu berisiko apabila tidak menyenaraikan Faizal Saari dalam skuad 18 pemain untuk ke Kejohanan Hoki Kelayakan Sukan Olimpik.
Malaysia mempunyai peluang terakhir untuk misi kelayakan ke Paris melalui tiket yang menjadi rebutan di Oman bermula 15 Januari ini.
Faizal sedang bergelut dengan kecederaan lutut tetapi masih mengintai peluang untuk sembuh dalam masa terdekat.
"Asid uriknya agak tinggi.
"Ketika kami mengadakan jelajah ke Korea Selatan, dia mengalami gout dan begitu juga di New Zealand.
"Dia pun baru berlatih semula. Ia sesuatu yang membimbang jadi saya memutuskan untuk memilih pemain yang cergas sepenuhnya dan sedia beraksi," kata ketua jurulatih kebangsaan, Arul Selvaraj, dalam sidang media di Bukit Jalil hari ini.
Sebagai rekod Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A bersama China, Great Britain dan Pakistan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Hoki #Faizal Saari #kelayakan Sukan Olimpik
;