HOKI
Kelayakan Sukan Olimpik: Arul Selvaraj mohon maaf gagal tunai misi
Ketua jurulatih hoki lelaki negara, Arul Selvaraj, memohon maaf kepada semua pihak termasuk peminat hoki tanah air selepas gagal membawa The Speedy Tigers layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Keputusan seri 3-3 berdepan Pakistan dalam perlawanan terakhir Kumpulan A awal pagi tadi menyaksikan Malaysia berputih mata gagal menamatkan kemarau 24 tahun beraksi di pentas Olimpik.
Arul mengakui kegagalan menyempurnakan beberapa peluang terhidang tatkala menguasai hampir keseluruhan permainan antara punca barisan negara gagal mara ke separuh akhir.
Iklan
Seterusnya, Malaysia dijadualkan bertemu Chile esok bagi perlawanan klasifikasi tempat kelima hingga kelapan.
"Kami memerlukan kemenangan ke atas Pakistan dan walaupun tiga kali mendahului, Pakistan masih dapat menyamakan kedudukan.
"Perlawanan ini sebenarnya agak memuaskan apabila kami banyak mencipta peluang menjaringkan gol tapi gagal. Pakistan menggunakan serangan balas untuk menyamakan kedudukan.
"Saya mewakili pasukan hoki memohon maaf kepada rakyat Malaysia terutama penyokong kerana kami gagal dalam misi kali ini," katanya dalam satu hantaran kepada media petang tadi.
Kredit foto: FIH
Must-Watch Video