Skip to main content

Olimpik

Kelayakan: PTAM disaran hantar lebih ramai wakil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tinju.jpg
Peninju negara, Khir Akyazlan Azmi, meminta Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) supaya menghantar lebih ramai wakil negara untuk menyertai kejohanan kelayakan Sukan Olimpik di China bulan depan berbanding hanya seorang peninju muda.

Badan induk itu merancang menghantar Jemise Wong untuk bertanding dalam kategori 52kg ke China. 

Ia susulan masalah kewangan selain cabaran sukar untuk layak memandangkan ratusan peninju seluruh dunia akan beraksi merebut tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020. 

Terdapat peluang kedua, iaitu di Uzbekistan pada April depan, namun Khir memohon PTAM untuk menghantar lebih ramai wakil negara ke China.

"Untuk kelayakan pertama Sukan Olimpik di China, saya harap PTAM akan hantar seramai dua hingga tiga peninju untuk menyertainya memandangkan sudah lama peninju negara tidak berpeluang ke Sukan Olimpik," kata peninju kategori 81kg negara itu. 

Kali terakhir peninju negara layak ke Sukan Olimpik ialah menerusi Sapok Biki dalam temasya Atlanta 1996 manakala peluang terbaik negara ketika ini adalah menerusi Mohd Fuad Redzuan dan Khir yang lebih berpengalaman.




Editor: Shaiful Shamsudin 
 

Advertisement

Must Watch Video