Skip to main content

Futsal

Kelayakan Piala Asia: Siaran langsung (live streaming) Malaysia vs Iran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

futsal.jpg
Malaysia berdepan tugasan getir apabila menghadapi pasukan futsal di ranking kelima dunia, Iran, dalam perlawanan terakhir Kumpulan G Kelayakan Futsal Piala Asia 2026 di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan Pahang, malam ini.

Meskipun menduduki tempat kedua selepas meraih dua kemenangan ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bangladesh, harapan untuk mara ke pusingan akhir tetap ditentukan melalui aksi bertemu Iran tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Ini bermakna, keputusan menentang Bangladesh tidak dikira ekoran Kumpulan H terpaksa bermain dengan tiga pasukan sahaja berbanding kumpulan lain yang memiliki empat jumlah pasukan.




Untuk makluman, lapan juara kumpulan serta tujuh naib juara kumpulan terbaik akan menyertai tuan rumah, Indonesia, ke pentas Piala Asia Futsal 2026 yang akan berlangsung di Jakarta, Januari depan.

Menerusi kemas kini terbaru, Malaysia berada di kedudukan keenam bagi naib juara kumpulan terbaik. 

SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) MALAYSIA VS IRAN

Tarikh: 24 September 2025 (Rabu)
Saluran: Astro Arena (801)
Lokasi: Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, Pahang
Masa: Bermula 8.30 malam

Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!

 
HM Jersey

Bangga Bersama Malaysia

Malaysia layak ke Piala Asia — masa untuk kita semua pakai Harimau Malaya jersey & raikan semangat negara.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video