Ketua jurulatih futsal negara, Rakphol Sainetngam, menggesa anak buahnya agar memanfaatkan sebaik mungkin peluang beraksi di laman sendiri ketika perlawanan Kelayakan Piala Asia 2026 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Tertutup Sukpa, Kuantan, Pahang.
Dia juga berkongsikan seramai 25 pemain bakal dipanggil bagi menjalani kem latihan pusat fasa pertama bermula Ogos depan, sebelum senarai 14 pemain terbaik akan diumumkan bagi menggalas cabaran Malaysia dalam saingan kelayakan.
Pengendali kelahiran Thailand itu turut memaklumkan dia bersama pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini sedang dalam proses merancang beberapa aksi pemanas badan menentang pasukan dari Timur Tengah sebelum sepak mula kelayakan 20 September depan.
Untuk rekod, Malaysia telah tampil dalam 12 edisi Kejohanan Futsal Piala Asia dengan kali terakhir ialah pada 2018.
"Ini adalah peluang terbaik, saya tahu Iran dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pasukan bagus, mereka juga ada jurulatih yang bagus juga. Kami tahu gaya mereka.
"Saya bekerja keras kali ini untuk memacu Malaysia mara ke Piala Asia dan mencipta sejarah untuk hidup saya juga.
"Ini peluang terbaik buat penyokong dan skuad negara kerana kita beraksi di laman sendiri agar meraih rekod baik.
"Saya harap penyokong hadir memberikan sokongan.' katanya.