Skip to main content

Futsal

Kelayakan Piala Asia: Malaysia tuan rumah, diundi bertemu pasukan nombor satu Asia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

futsal.jpg
'Bukan perjalanan yang mudah'

Itu tegas ketua jurulatih futsal negara, Rakphol Sainetngam, selepas melihat undian Kelayakan Piala Asia yang berlangsung, sebentar tadi. 

Seperti laporan sebelum ini, pengendali kelahiran Thailand itu sedia menyahut cabaran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk membawa Malaysia melayakkan diri ke Piala Asia di Indonesia, tahun depan. 

Untuk rekod, kali terakhir skuad futsal lelaki negara beraksi di pentas Piala Asia ialah pada edisi 2018.

Pasukan futsal kebangsaan telah diundi dalam Kumpulan G bersama skuad nombor satu Asia, Iran, serta Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bangladesh. Malaysia telah dipilih selaku tuan rumah dan akan berlangsung di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, Pahang pada 20 hingga 24 September depan.

"Sudah tentu, perjalanan bukan mudah terutamanya ditempatkan dalam kumpulan yang sangat kuat.

"Selain Iran, UAE juga menunjukkan potensi yang kukuh dan kemajuan yang tinggi sejak kebelakangan ini.




Dan, kami juga tidak boleh memandang rendah terhadap Bangladesh.

"Kami perlu bersedia sepenuhnya kerana kami akan bermain di tempat sendiri.

"Ini adalah kali pertama dalam tempoh tujuh atau lapan tahun pertandingan futsal antarabangsa dianjurkan di negara kita (kali terakhir Sukan SEA Kuala Lumpur (KL) 2017). 

"Kami benar berharap peminat Malaysia akan hadir beramai-ramai untuk menyokong kami," katanya.

Advertisement

Must Watch Video