HOKI
Kelayakan Olimpik Paris: Skuad hoki wanita negara dibelasah tuan rumah
Skuad wanita negara kalah besar dengan tujuh jaringan tanpa balas menentang Sepanyol dalam aksi Kelayakan Olimpik Paris di Valencia.
Biarpun skuad negara berjaya beri tentangan hebat dengan hanya ketinggalan satu gol selepas separuh masa, namun tuan rumah pamer aksi luar biasa untuk mendapatkan enam lagi jaringan.
Kredit gambar: Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH)
Tiga gol dihasilkan oleh Patricia Alvarez, dua gol oleh Belen Iglesias, dan satu gol dijaringkan masing-masing oleh Maria Lopez dan Beatriz Perez.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kredit gambar: Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH)