Skip to main content

Futsal

Kelayakan Futsal Piala Asia: Syaifuddin Syukri bangga harumkan nama negara di penghujung karier

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syarifuddin-sukri.jpg
Penjaga gol utama skuad negara, Muhammad Syaifuddin Syukri Ibrahim, menyifatkan kejayaan membantu Malaysia layak ke Kejohanan Futsal Piala Asia 2026 sebagai pengalaman paling manis sepanjang kariernya.

Siapa sangka pada usia 33 tahun, tonggak kelahiran Kuantan itu yang turut melakukan penampilan sulungnya bersama Malaysia, muncul antara watak penting skuad kendalian Rakphol Sainetngam, dalam kempen kelayakan di Stadium Tertutup Sukpa.

Untuk rekod, Syukri hanya dibolosi sebanyak lima kali sepanjang tiga perlawanan selain berjaya mencatatkan satu aksi tanpa bolos ketika Malaysia menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 1-0.
 
"Kami bermain bermati-matian untuk menghadapi pasukan handalan seperti Iran. 

"Kami semua beri 100 peratus. 




"Ini pengalaman terbaik bagi saya kerana pada usia ini, dianggap tua tapi masih mampu bawa Malaysia ke Piala Asia. 

"Saya amat bangga," katanya. 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut futsal ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video