Penjaga gol utama skuad futsal kebangsaan, Muhammad Syaifuddin Syukri Ibrahim, menegaskan dia enggan terlalu memikirkan status iIran selaku gergasi Asia.
Sebaliknya dia tekad untuk mengawal gawangnya daripada dibolosi ketika aksi terakhir peringkat kumpulan, Kelayakan Piala Asia 2026 di Stadium SUKPA, malam ini.
Syukri sedar ianya bukan tugas mudah, penjaga gol kelahiran Kuantan, Pahang itu bagaimanapun memberikan jaminan dia dan rakan sepasukannya akan berusaha sedaya upaya untuk mempamerkan aksi terbaik sekali gus menghadirkan tentangan sengit kepada skuad kendalian Vahid Shamsaei itu.
Dia turut berharap venue perlawanan akan dipenuhi dengan kehadiran penyokong setia futsal tanah air, yang pastinya mampu menjadi pembakar semangat buat pasukan kebangsaan memburu slot ke pusingan akhir Piala Asia Futsal 2026.
Untuk rekod, selepas dua perlawanan pusingan kelayakan, Syukri hanya dibolosi satu jaringan ketika Malaysia berpesta gol mengatasi Bangladesh 7-1 minggu lalu.
"Semua orang tahu berdepan Iran sukar, mereka akan kata lawan Malaysia mudah. Tetapi saya akan menjaga betul-betul gawang gol daripada bolos.
"Kami tidak boleh terlalu hormat. Kami akan semua warga Pahang akan hadir dan daripada itu menaikkan semangat kami." katanya.
Beli Sekarang

Stadium Penuh, Semangat Padu
Syaifuddin dah seru, sekarang giliran kita. Pakai Harimau Malaya jersey & meriahkan stadium!
Beli Sekarang