Ketua jurulatih skuad futsal negara, Rakphol Sainetngam, memberikan pujian kepada barisan pemainnya selepas berjuang habis-habisan ketika mencipta kemenangan 1-0 ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi pembukaan Kelayakan Piala Asia 2026 semalam.
Meskipun dipaksa bekerja keras sepanjang 40 minit perlawanan berlangsung, Sainetngam menyifatkan sikap tidak putus asa sebagai kunci utama kejayaan Malaysia melepasi halangan pertama.
Jaringan tunggal Mohd Awalludin Nawi dalam penghujung masa sebenar permainan, sudah cukup untuk menghadiahkan tiga mata berharga buat skuad negara di hadapan penyokong sendiri.
"Perkara penting hari ini (semalam) adalah tiga mata, hanya tiga mata. Bermain baik mahupun sebaliknya, yang penting tiga mata.
"Terima kasih penyokong yang hadir beri sokongan," katanya.
Sementara itu di kem UAE, pengendalinya iaitu Ricardo Sobral, mengakui berpuas hati dengan persembahan keseluruhan yang ditampilkan pemainnya tatkala beraksi dalam perlawanan berintensiti tinggi.
Dia percaya UEA berada di landasan terbaik untuk muncul sebagai sebuah pasukan gergasi di rantau Asia pada masa akan datang.
"Empat tahun tiada pasukan futsal kebangsaan dan sekarang kami bermula dan beraksi baik, tahniah kepada pemain. Satu kesilapan hukum kami. Saya gembira dengan pemain yang beri segalanya." tambahnya