Skip to main content

Futsal

Kelayakan Futsal Piala Asia: Malaysia dalam momentum terbaik berdepan UAE

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fut.jpg
Penolong jurulatih futsal negara, Addie Azwan, menegaskan pasukannya mahu memastikan Malaysia bermua langkah kanan dalam aksi pertama siri Kelayakan Piala Asia Futsal 2026 di Kuantan, Pahang, Sabtu ini.

Bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berada di ranking ke-103 dunia tidak mahu dianggap sebagai cabaran mudah walaupun kedudukan ranking dunia skuad negara kini di tangga ke-81 dunia boleh meletakkan mereka sebagai pasukan pilihan untuk mencetak kemenangan pertama di Kuantan nanti.

Dengan kombinasi pemain muda dan baru, ia seridit sebanyak sebagai usaha untuk mengelirukan pihak lawan dengan menampilkan muka baru.

"Kita tahu UAE baru pulang dari China, daripada segi ranking kita tidak boleh pandang rendah. Mungkin keadaan pasukan UAE kita boleh jangkakan saingan yang kuat dari UAE.

"Kita juga dikatakan pasukan yang baru yang disediakan jurulatih untuk kejohanan kali ini," katanya.






Dengan kelibat pemain negara yang dibarisi pemain terbaik dari setiap negeri, memberikan keyakinan ketara buat barisan kejurilatihan negara untuk Malaysia mencari slot ke pentas Asia.

Hakikatnya Iran memiliki reputasi paling baik dalam saingan peringkat kumpulan, namun keadaan itu tidak boleh dibiarkan sahaja memandangkan kelebihan Malaysia beraksi di laman sendiri menjadikan peluang seperti ini tidak boleh di sia- siakan begitu sahaja.

"Dalam aksi pertama, kami sudah melakukan persediaan baik dengan pemain juga dilihat bersedia daripada aspek mental dan fizikal.

"Kita semua tahu perlawanan pertama menentukan sama ada kami akan layak mahupun tidak kerana UAE pencabar terkuat." tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video