Skip to main content

Futsal

Kelayakan Futsal Piala Asia: Kami akan cuba sekat Iran -- Syahir Iqbal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syahirr.jpg
Bintang muda skuad futsal negara, Syahir Iqbal Khan, berpuas hati selepas berjaya mencetak jaringan sulungnya bersama skuad kebangsaan dalam kempen Kelayakan Futsal Piala Asia 2026.

Anak jati kelahiran Kelantan itu muncul sebagai salah seorang penjaring gol ketika Malaysia menewaskan Bangladesh 7-1, dalam aksi kedua peringkat kumpulan yang berlangsung di Stadium Tertutup Sukpa, Kuantan, malam tadi.

Syahir percaya jaringan itu mampu dijadikan sebagai suntikan semangat buatnya dalam membantu skuad kendalian Rakphol Sainetngam dalam memburu slot ke pusingan akhir Piala Asia 2026.






"Memang puas hati ada rezeki untuk jaringkan gol, prestasi saya hari ini (semalam) memang menurun sedikit dan dengan jaringan ini meningkatkan semangat sedikit.

"Lawan Iran memang kami mahu lakukan yang terbaik meskipun mereka pasukan Piala Dunia, kami akan lakukan yang terbaik untuk layak. Apa rancangan Iran, kami akan cuba sekat mereka." katanya.

Advertisement

Must Watch Video