SUKAN-LAIN
Kelayakan Euro - Romelu Lukaku jadi duri dalam daging buat belasah Azerbaijan
Romelu Lukaku menjaringkan empat gol pada separuh masa pertama ketika Belgium membelasah Azerbaijan yang hanya beraksi dengan 10 pemain dalam perlawanan terakhir bagi kelayakan Euro 2024.
Pemain berusia 30 tahun itu kini mempunyai 83 gol dalam 113 perlawanan bersama Belgium, menjadikannya penjaring ketujuh terbanyak dalam sejarah bola sepak antarabangsa bagi lelaki.
Dia menanduk masuk hantaran lintang Jeremy Doku pada minit ke-17 sebelum Eddy Israfilov dilayangkan kad merah pada minit ke-24 akibat terjahan keras ke atas Lukaku. Kemudian Lukaku cemerlang untuk sudahkan gerakan dari Timothy Castagne bagi gol kedua pada minit ke-26, dan teruskan dominasi dengan menanduk tepat hantaran lintang Wout Faes ke dalam gawang pada minit ke-30, sebelum hasilkan jaringan gol daripada bola yang dijana oleh Orel Mangala sebelum digantikan selepas separuh masa pertama.
Sekembalinya di babak kedua, Leandro Trossard menambah gol kelima lewat untuk Belgium daripada bola Doku, dengan kesemua lima gol Belgium dijana oleh para pemain yang berpangkalan di England. Lukaku berjaya cipta sejarah tersendiri dengan kali pertama cetak empat gol peribadinya dalam satu perlawanan.
Hanya Cristiano Ronaldo (128, Portugal), Ali Daei (109, Iran), Lionel Messi (106, Argentina), Sunil Chhetri (93, India), Mokhtar Dahari (89, Malaysia) dan Ferenc Puskas (84, Hungary) telah menjaringkan gol lebih daripada Lukaku dalam bola sepak antarabangsa.
14 gol yang dicipta meletakkannya jauh di hadapan pencabar terdekat Ronaldo dan Kylian Mbappe, yang masing-masing menjaringkan 10 dan sembilan gol dalam kempen ini.
Empat belas gol adalah rekod untuk kempen kelayakan Kejohanan Eropah - mengatasi penanda aras 13 gol yang ditetapkan oleh pemain Ireland Utara David Healy pada 2008 dan disamakan oleh pemain Poland Robert Lewandowski pada 2016.Must-Watch Video