Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengesahkan Kelantan sebagai lokasi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA 2028 yang turut merupakan edisi ke-23 selepas Selangor.
Keputusan itu dipersetujui selepas Hannah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA Selangor 2026 dan tinjauan laporan penganjuran SUKMA di Serawak.
Malah, dia turut berkongsikan bahawa sembilan sukan tambahan akan dipertandingkan di Sukma Selangor 2026 dengan keputusan itu akan dimuktamadkan setahun sebelum temasya itu berlangsung nanti.
"Pada 26 Februari 2025, saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA Selangor 2026 untuk tinjau laporan penganjuran SUKMA lepas oleh Sarawak dan persiapan Selangor bagi 2026.
"Mesyuarat bersetuju lantik Kelantan sebagai tuan rumah SUKMA dan Para SUKMA 2028.
"Sembilan sukan tambahan SUKMA 2024 dibincang untuk dimasukkan ke SUKMA 2026 bagi pembangunan sukan negeri. Perkara ini akan diperhalusi mengikut prosedur dan dimuktamadkan setahun sebelum temasya.