Keputusan di luar jangkaan mungkin bakal disaksikan dalam Majlis Anugerah Sukan Negara 2016 yang akan berlangsung 26 April ini.
Sejak ia mula diperkenalkan pada 1966, Anugerah Sukan Negara memberi pengiktirafan kepada atlet yang mempamerkan persembahan cemerlang sepanjang tahun berkenaan.
Berdasarkan kepada pembabitan atlet negara dalam beberapa temasya dan kejohanan sepanjang 2016, beberapa atlet menjadi pilihan persatuan sukan kebangsaan masing-masing, termasuk atlet daripada Sukan Paralimpik.
Mesyuarat jawatankuasa pemilihan hari ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Lokman Hakim Ali, turut dihadiri Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif , Institut Sukan Negara (ISN), Dr Mohd Khairi Zawi serta ahli-ahli yang mewakili pelbagai pertubuhan media.
"Bagi pemilihan Anugerah Olahragawan Kebangsaan, jawatankuasa telah menyenaraipendekkan beberapa atlet, antaranya Datuk Lee Chong Wei, Azizulhasni Awang, Mohd Al Jufferi Jamari dan Rafiq Ismail," kata Lokman Hakim.
"Bagi Anugerah Olahragawati Kebangsaan, Pandelela Rinong, Siti Zalina Ahmad, Sin Li Jane, Tan Li Lian, Aaliyah Yoong dan Siti Rahmah Mohamed Nasir tersenarai."
Secara keseluruhan, sebanyak 70 pencalonan diterima merangkumi kesemua 11 jenis anugerah yang akan diberikan.
Edisi 2015 menyaksikan Olahragawan Kebangsaan dimenangi atlet silat, Mohd Al Jufferi Jamari, dengan penerjun, Pandelela Rinong, menerima anugerah Olahragawati Kebangsaan.
Jufferi dan Pandelela turut berada dalam senarai pendek pencalonan bagi kedua-dua anugerah berkenaan untuk edisi kali ini.