Skip to main content

Sukan Lain

Kejuaraan Silat Dunia: Malaysia sasar tujuh pingat emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

silat-pesaka-bendera.jpg
Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) mengumumkan sasaran tujuh pingat emas buat kontinjen negara dalam Kejuaraan Silat Dunia 2022 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka bermula Selasa depan.

Presiden Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, menganggap sasaran itu sebagai sesuatu yang realistik dan mampu dicapai.

Meskipun sedar akan cabaran yang menanti pesilat negara, terutama daripada negara kuasa besar dunia seperti Vietnam dan Indonesia, Megat Zulkarnain kekal meletakkan kepercayaan penuh buat barisan atlet yang akan bersaing.

Baginya, setiap pesilat negara berpeluang untuk meraih pingat emas, sekali gus menjadikan sasaran itu sebagai sesuatu yang realistik.

"Saya hanya menyasarkan tujuh (emas) tetapi kalau ada lebih, Alhamdulillah," katanya dalam majlis penyerahan bendera kepada kontinjen Malaysia di ibu negara seperti yang dipetik Nadi Arena hari ini.

"Kita kena pastikan sasaran itu, lanyaklah (pesilat negara) selagi boleh kerana sasaran tujuh pingat itu perlu dicapai sebagai tuan rumah.

"Jika dapat lebih, ia bonus tetapi secara praktikalnya, adalah tujuh emas," katanya

Kejuaraan Silat Dunia edisi ke-19 kali ini menyaksikan 40 buah negara peserta akan berkampung di MITC sehingga hujung bulan ini.

 

Advertisement

Must Watch Video