Andy Murray berisiko untuk tidak dapat beraksi dalam Kejohanan Tenis Wimbledon hujung bulan ini selepas terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Queen's Club gara-gara kecederaan.
Bekas pemain nombor satu dunia itu memulakan musim di gelanggang rumput dengan baik apabila mara ke final Terbuka Stuttgart sebelum tewas di tangan Matteo Berrettini kelmarin.
Dalam aksi final di Jerman itu, Murray mengalami kecederaan badan dan perlu menerima rawatan sebanyak dua kali sebelum tewas kepada lawan dari Itali berkenaan.
Juara grand slam tiga kali itu pernah memenangi lima gelaran di Queen's Club tetapi perlu menarik diri daripada mengambil bahagian dalam edisi tahun ini, hanya dua minggu sebelum Kejohanan Wimbledon membuka tirai.
Pemain Scotland itu sepatutnya berdepan Lorenzo Sonego dalam pusingan pertama tetapi tempatnya kini digantikan oleh Denis Kudla.

Sadly our 5-time singles champion @andy_murray has been forced to withdraw from the #cinchChampionships with an abdominal injury pic.twitter.com/VKfynGfUpb
— cinch Championships (@QueensTennis) June 13, 2022