Kejohanan Wimbledon: Maria sertai senarai legenda selepas tewaskan Ostapenko

Muzaffar Musa
Julai 4, 2022 13:05 MYT
Tatjana Maria menyertai senarai legenda apabila mencipta kejutan mara ke suku akhir Kejohanan Tenis Wimbledon dengan menewaskan Jelena Ostapenko malam tadi.
Maria, ibu kepada dua orang anak, kembali daripada cuti bersalin kurang setahun lalu dan bangkit daripada ketinggalan untuk menang 5-7, 7-5, 7-5 ke atas juara Terbuka Perancis 2017, Ostapenko.
Kemenangan itu memastikan pemain berusia 34 tahun berkenaan mara ke suku akhir grand slam buat kali pertama sepanjang kariernya.
Dengan kejayaan itu juga, pemain Jerman berkenaan menjadi sebahagian daripada tujuh pemain wanita dalam era terbuka mara ke suku akhir satu kejohanan utama pada usia melebihi 34 tahun.
Pemain nombor 103 dunia itu kini menyertai Billie Jean King, Virginia Wade, Chris Evert, Martina Navratilova, Serena Williams dan Venus Williams
Menantinya dalam pusingan seterusnya adalah rakan senegara, Jule Niemeier, yang menewaskan pemain Britain, Heather Watson, dalam satu lagi perlawanan.

7 - Tatjana Maria is the 7th female player in the Open Era to reach the quarterfinals in #Wimbledon after turning 34 after Billie Jean King, Virginia Wade, Chris Evert, Martina Navratilova, Serena Williams and Venus Williams. Experience.@WTA @WTA_insider #Wimbledon2022 pic.twitter.com/Rd7ncZOajY

— OptaAce (@OptaAce) July 3, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Tenis #Grand Slam #Tatjana Maria #Kejohanan Tenis Wimbledon