Skip to main content

Tenis

Kejohanan Wimbledon: Maria ke separuh akhir grand slam pertama pada usia 34 tahun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tatjana-maria.jpg
Usaha Tatjana Maria untuk mengejar gemilang dalam Kejohanan Tenis Terbuka Wimbledon pada lewat usianya kian terbayar apabila layak ke separuh akhir dengan menewaskan Jule Niemeier malam tadi.

Sebelum ini, pencapaian terbaik pemain berusia 34 tahun itu di All England kelab adalah ketika layak ke pusingan ketiga pada 2015 tetapi dia kini hanya dibezakan satu kemenangan di Centre Court untuk layak ke final selepas menewaskan Niemeier 4-6, 6-2, 7-5.

Niemeier, yang baru berusia 22 tahun, melakukan penampilan pertamanya dalam kejohanan utama Wimbledon dan kelihatan mempunyai momentum untuk layak ke separuh akhir.

Maria, dalam pada itu, kelihatan gugup berdepan rakan senegaranya dalam set pertama dan selepas ketinggalan sewaktu memegang servis, dia tidak dapat bangkit sebelum melepaskan set berkenaan.

Bagaimanapun, pemain veteran itu mula menemui rentak terbaiknya dalam set kedua sambil Niemeier pula mula hilang ketenangan.

Dan Maria menggunakan pengalamannya untuk menjadi pemain keenam dalam era terbuka layak ke separuh akhir Kejohanan Wimbledon selepas berusia 34 tahun -- yang sebelum ini dilakukan Billie Jean King, Chris Evert, Martina Navratilova, Serena Williams dan Venus Williams.
 
 

Advertisement

Must Watch Video