Harmony Tan mengakui gentar untuk berdepan Serena Williams sebelum berhasil menyingkirkan juara 23 Grand Slam itu dalam Kejohanan Wimbledon, awal pagi tadi.
Tan memerlukan tiga jam dan 11 minit sebelum mengetepikan pemenang tujuh kali gelaran Wimbledon itu dengan 7-5, 1-6, 7-6 (10-7).
Dia yang membuat kemunculan pertama dalam kejohanan di gelanggang rumput itu memerlukan dua kebangkitan dalam set ketiga -- daripada defisit 0-4 dalam tie-break sebelum muncul sebagai pemenang.
Di sebalik keazaman yang dipamerkan dan gembira dengan kemenangan di Kelab All England, pemain berusia 24 tahun itu mendedahkan dia sebenarnya gementar.
"Serena adalah seorang bintang handalan dan ketika saya masih muda, saya telah menonton aksinya berkali-kali di televisyen," katanya selepas perlawanan.
"Untuk Wimbledon pertama saya ini, sungguh wau.
"Ketika melihat undian sebelum ini, saya benar-benar takut. Kerana, ya, ia adalah Serena Williams. Dia seorang legenda dan saya seperti, 'Ya tuhan, bagaimana saya dapat beraksi?' Jika saya boleh memenangi satu atau dua game, ia sudah cukup bagus buat saya.
"Saya ingin berterima kasih kepada semua orang hari ini termasuk pasukan dan jurulatih saya, Nathalie Tauziat, yang pernah menentang Serena. Terima kasih banyak kerana bersama saya."
Tan akan menentang pilihan ke-32, Sara Sorribes Tormo, yang menewaskan pemain kelayakan dari Amerika Syarikat, Christina McHale 6-2, 6-1.

A backhand so great even Serena had to applaud ? #Wimbledon | #CentreCourt100 pic.twitter.com/816YBpzG4q
— Wimbledon (@Wimbledon) June 28, 2022