Kepulangan Simona Halep ke Kejohanan Tenis Wimbledon terus mencuri tumpuan apabila dia mengatasi Amanda Anisimova 6-2, 6-4 di Centre Court untuk layak ke separuh akhir malam tadi.
Bekas pemain nombor satu dunia itu bergelar juara di All England Club pada 2019 tetapi tidak pernah kembali beraksi dalam kejohanan itu berikutan peningkatan kes koronaviorus pada 2020 dan kecederaan yang dialaminya tahun lalu.
Bagaimanapun, pada usia 30 tahun -- dengan dibantu jurulatih baru, Patrick Mouratoglou -- dia kelihatan seperti tidak pernah berehat panjang dan menjadikan Anisimova sebagai mangsa terbarunya.
Menantinya dalam penentuan ke final hari ini adalah pemain Kazakhstan, Elena Rybakina.

6 - Simona #Halep has reached six semi-finals in 2022, only Iga #Swiatek has more so far this season (eight). Shape.@WTA @WTA_insider #Wimbledon2022 #Wimbledon pic.twitter.com/LIPRzDkXbq
— OptaAce (@OptaAce) July 6, 2022