Skip to main content

Tenis

Kejohanan Wimbledon: Gauff harap Beyonce dapat lihat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

corigauff.jpg
Cori Gauff berharap Beyonce dapat melihat perkembangannya ketika dia sekali lagi mencuri tumpuan dari Gelanggang Tengah, Kejohanan Tenis Wimbledon, awal pagi tadi.

Pemain berusia 15 tahun itu merupakan pemain termuda layak ke kejohanan utama daripada pusingan kelayakan di Kelab All England itu sejak Era Terbuka, sebelum menewaskan idolanya, Venus Williams.

Dia kini mara ke pusingan keempat selepas menewaskan Polona Hercog, awal pagi tadi.

Reputasi Gauff semakin meningkat saban hari dan dia mengekalkan keyakinan ramai bahawa dia mampu untuk memenangi seluruh kejohanan itu, namun bintang pop terkenal, Beyonce, masih memberikan keterujaan lain buat pemain muda itu.

Pemain Amerika Syarikat (AS) itu mendedahkan kiriman Instagram daripada ibu Beyonce merupakan persanan kegemarannya sepanjang minggu ini.

"Mesej paling tidak dijangkakan yang saya terima bukanlah mesej.

 "Puan Tina Knowles, ibu Beyonce, mengirimkan tentang saya di Instagram. Saya seperti mahu menjerit.

"Saya tidak tahu, saya harap Beyonce dapat melihatnya.

"Saya berharap dia memberitahu kepada anaknya tentang saya kerana saya mahu pergi konsert," katanya.

Gauff jelas memiliki keyakinan yang tinggi di pentas terbesar dan kini, dia sudah mula mendedahkan minatnya dalam muzik.

Dia menyarankan wartawan untuk memuat turun album baru Jaden Smith sambil berkata wang kemenangannya mungkin digunakan untuk membeli pakaian baru.

"Baiklah, ia amat hebat," katanya sambil tersenyum selepas diberitahu dia akan menerima AS$200,000 (RM827,100).

"Saya tidak boleh beli kereta kerana saya tidak boleh memandu.

"Saya tidak tahu. Sejujurnya, saya tidak suka mengeluarkan wang. Saya tidak tahu lagi.

"Mungkin saya akan membeli sesuatu daripada MSFTSrep kerana ia jenama Jaden.

"Saya mungkin membeli jaket daripadanya," katanya.

Ditanya sama ada kemenangan atau mendengar lagu baru Smith lebih menggembirakannya, Gauff menjawab dengan penuh keterujaan: "Kedua-duanya. Saya amat gembira apabila album itu keluar kerana saya sudah lama menantikannya."

Advertisement

Must Watch Video