Pemain berusia 33 tahun itu sepatutnya menentang Mackenzie McDonald dalam pusingan pertama perseorangan lelaki tetapi kini akan digantikan oleh Nuno Borges.
Berita itu hadir di tengah-tengah prestasi positif bekas juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) dan finalis Wimbledon berkenaan yang baru-baru ini mara ke separuh akhir kedua-dua Terbuka Perancis dan Kejohanan Kelab Ratu.
Cilic, yang pernah berlatih bersama Novak Djokovic di Kelab All England Khamis lalu memaklumkan berita itu menerusi catatan Twitter.
"Hai semua, saya sedih untuk berkongsi berita bahawa saya diuji positif COVID," katanya.
"Saya telah mengasingkan diri dan berharap akan bersedia tetapi malangnya, saya masih berasa tidak sihat dan tidak dapat bersaing dengan yang terbaik.
"Saya sedih kerana keciciran Wimbledon dan melihat musim rumput saya berakhir seperti ini. Saya tidak sabar untuk bertanding tahun depan!"
@Wimbledon ?? pic.twitter.com/JPkYLwIr4s
— Marin Cilic (@cilic_marin) June 27, 2022