Pelari pecut Negeri Sembilan, Muhammad Haiqal Hanafi, muncul pelari terpantas untuk mengungguli acara 100 meter Kejohanan Trek dan Padang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) di Trek Olahraga Majlis Sukan Negara (MSN) sebentar tadi.
Pemenang pingat emas Sukan SEA Manila 2019 itu mencatatkan masa 10.46 saat untuk memenangi pingat emas dan meninggalkan pelari Melaka, Kharil Hafiz Jantan (10.51s), di tempat kedua.
Wakil Angtakatan Tentera Malaysia (ATM), Jonathan Nyepa, melengkapkan kedudukan podium apabila menamatkan perlumbaan selaku pelari ketiga terpantas dengan 10.53s.
Terdahulu, pelari Sabah, Nur Aishah Rofina Aling, muncul pemenang pingat emas acara 100m wanita selepas menuju ke garisan penamat dengan catatan masa 11.90s.
Tempat kedua milik wakil ATM, Zaidatul Husniah Zulkifli (11.91s), manakala Azreen Nabila Alias (Terengganu) memenangi gangsa dengan 11.99s.