Lima belas atlet olahraga yang terdiri daripada 12 atlet lelaki dan tiga wanita sudah mengesahkan kelayakan ke Sukan SEA Filipina 2019, November depan.
Antaranya, Jackie Wong dan Grace Wong, menerusi acara baling tukul besi di samping atlet lompat kijang, Hakimi Ismail.
Bagi acara tumpuan 100m lelaki dan wanita, belum ada wakil yang terpilih dalam kategori A sambil Jonathan Nyepa sudah menjamin tiket ke Sukan SEA 2019 berbekalkan catatan 10.37 saat.
Kejohanan Tertutup Malaysia, yang bermula Jumaat ini, menjadi medan penentu buat atlet olahraga untuk membuktikan persembahan lebih cemerlang dalam memburu slot ke temasya dwitahunan itu.
Sehubungan itu, dalam sidang media skuad olahraga di Bukit Jalil sebentar tadi, ketua jurulatih olahraga negara, Mohd Manshahar Abdul Jalil, menyasarkan seramai 25 hingga 30 penambahan atlet sebaik kejohanan di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, itu tamat.
Ikuti laporan selanjutnya dalam Nadi Arena edisi 7.30 malam dan 11 malam ini.