SUKAN LAIN
Kejohanan Terjun Kebangsaan: Ooi Tze Liang ungguli acara 3m papan anjal
Tiada istilah rehat buat penerjun negara, Ooi Tze Liang yang mengetepikan fasa pemulihan pasca Sukan Asia Hangzhou untuk mengungguli acara 3 meter papan anjal individu lelaki di Terbuka Malaysia 2023.
Dalam aksi final di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, Tze Liang meraih 418.80 mata selepas enam terjunan untuk mengetepikan penerjun Uzbekistan, Vyacheslav Kachanov dan rakan senegara, Yong Rui Jee.
Ooi Tze Liang menang emas 3m papan anjal Terbuka Malaysia. Next focus training kat China bulan depan, persiapan ke Kejohanan Dunia Doha Februari 2024. @ASTROARENA pic.twitter.com/Iujvge0LYO— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 4, 2023
“Sebanyak 18 penerjun terbaik acara 3m papan anjal lelaki bukan sahaja berentap di separuh akhir tetapi juga memperoleh kelayakan secara merit ke Sukan Olimpik.
Iklan
“Hanya empat slot dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki. Jadi, saya rasa peluang lebih cerah untuk layak dalam acara individu,” katanya kepada pemberita di Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia 2023 berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.
Sementara itu, tuah memihak penerjun muda Sarawak, Nurul Farisha Affendi, apabila memenangi emas acara 10 meter platform individu wanita susulan dua penerjun lain mengalami kecederaan.
Tatkala penerjun Singapura, Ooi Rei En terpaksa menarik diri daripada menyertai aksi final, penerjun negara, Lee Yiat Qing pula terpaksa beraksi dengan kesakitan akibat kecederaan.
Must-Watch Video