BOLING

Kejohanan Tenpin Boling Kebangsaan: Qurratu’ain Izdihar bangkit untuk muncul juara

Saufi Tahir 08/10/2024 | 11:32 MYT
Kejohanan Tenpin Boling Kebangsaan menyaksikan perebutan kejuaraan di antara atlet kebangsaan, Nur Hazirah Ramli dan Qurratu’ain Izdihar dalam kategori remaja wanita terbuka, di Bandar Sunway, semalam.
Hazirah bermula dengan langkah kanan apabila mendominasi empat balingan pertama sebelum hilang fokus dan hanya mengumpul 170 dan 173 jatuhan pin dalam balingan kelima dan keenam hingga membuatkan Qurratu’ain yang mewakili Selangor kembali bangkit untuk jauh meninggalkan lawan dalam tiga balingan terakhir.
"Pada mulanya saya agak bergelut cuma saya kembali fokus dengan bantuan jurulatih saya. Hazirah mendahului dalam podium pertama dalam empat perlawanan pertama.
"Kemudian saya mula mendahului bermula perlawanan kelima dan terus fokus dan lakukan yang terbaik. Keluarga banyak membantu dengan sebelum membuat balingan saya akan melihat mereka terlebih dahulu," kata Qurratu’ain izdihar.
Qurratu’ain izdihar muncul juara secara keseluruhan dengan Nur Hazirah Ramli terpaksa berpuas hati selaku naib juara kejohanan.
"Saya beraksi dengan baik dalam empat perlawanan pertama sebelum berpindah ke hujung. Saya mengambil masa untuk perbaiki dan cuba lakukan yang terbaik.
"Dia lakukan yang terbaik hari ini dan begitu juga saya tetapi inilah keputusannya." tambah Hazirah Ramli kepada Nadi Arena.
#Tenpin Boling #Kejohanan Tenpin Boling Kebangsaan #Qurratu’ain Izdihar
;