Kejohanan Tenpin Boling Antara Negeri 2024: Gandingan atlet Sarawak tuai emas buat Sarawak
Ammar Hakim
Oktober 2, 2024 19:43 MYT
Oktober 2, 2024 19:43 MYT
Saingan hari kedua Kejohanan Tenpin Boling Antara Negeri 2024 tertumpu kepada atlet muda negara iaitu gandingan Gillian Lim dan Nur Aina Kamalia yang menyumbang emas pertama buat Sarawak.
Persaingan sengit pada peringkat kompetitif menuntut setiap pemain menumpukan fokus seharian di venue kejohanan.
Tapi antara kunci utama kekal cergas, Gillian dan Nur Aina mengambil pendekatan berbeza -- menjamah menu kegemaran, laksa Sarawak.
Rutin pada hari pertandingan itu membuahkan hasil apabila Gillian-Nur Aina mengungguli saingan dengan 2,588 jatuhan pin.
Lebih sensasi, gandingan itu menoktahkan perjuangan atlet senior negara, Siti Safiyah bersama Natasha Roslan yang mewakili Selangor.
Meskipun gillian serta Nur Aina tampak ‘bersahaja’ dalam perjalanan muncul juara -- realitinya, beraksi bersebelahan atlet senior kem negara satu tekanan di sepanjang saingan.