SUKAN LAIN
Kejohanan Sukan Tempur Dunia: Cheong Min tidak sangka raih pingat emas
Walaupun meraih pingat emas di Kejohanan Sukan Tempur Dunia di Riyadh 21 Oktober lalu, atlet wushu negara, Tan Cheong Min, ternyata tidak percaya dengan keputusan itu kerana tiada sebarang sasaran diletakkan selepas misinya dalam Sukan Asia sudahpun berakhir.
Kejohanan Dunia di Amerika Syarikat bermula 16 November depan menjadi satu lagi destinasi buatnya untuk mengintai keputusan terbaik sebelum melabuhkan tirai musim ini dengan kejayaan yang cemerlang.