BERITA SUKAN AM
Kejohanan Sukan Orang Pekak Asia Pasifik persiapan kontinjen negara bagi musim 2025
Penasihat Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (Msdeaf), Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Kejohanan Orang Pekak Asia Pasifik Edisi Ke-10 membantu kontinjen negara memperoleh persiapan rapi menjelang saingan SEA Deaf serta Deaflympics pada tahun hadapan.
Malaysia yang mengambi alih Iran selaku tuan rumah Kejohanan Orang Pekak Asia Pasifik merupakan keputusan minit akhir diambil, berdasarkan kejayaan mengelola Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia tahun lalu.
"Kami Menjadi Tuan Rumah Menggantikan Iran Ekoran Pergolakan Di Negara Mereka," Katanya Menerusi Nadi Arena.
Iklan
Farouk turut memberikan pujian kepada MSDeaf atas membantu untuk menyediakan atlet, dia berkata, "Memang mencabar, tetapi saya ingin memberikan pujian buat MSDeaf kerana membantu menyediakan atlet untuk menyertai kejohanan. Sebagai tuan rumah, kita mempunyai tahap yang cukup baik untuk tahun hadapan. SEA DEAF Jakarta, Deaflympics di Tokyo,
"Cabaran banyak, daripada segi persediaan. Kami menggunakan SOPMA untuk memilih atlet yang bakal beraksi mewakili negara dalam saingan kali ini. Dengan sokongan daripada pihak kerajaan cukup baik dan berterima kasih atas sokongan yang telah diberikan.
"Kami mengucapkan terima kasih atas dana yang diberikan oleh pihak kerajaan bagi membuat persiapan. Kami akan menyertai SEA Deaf terlebih dahulu untuk layak ke Deaflympics di Tokyo nanti."
Must-Watch Video