Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Snuker Dunia: Brecel atasi Selby untuk bergelar juara dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

luca-brecel_2.jpg
Luca Brecel mengatasi saingan sengit Mark Selby sebelum menang 18-15 untuk menjadi pemain pertama dari tanah besar Eropah memenangi Kejohanan Snuker Dunia di Crucible awal pagi tadi.

Lima kunjungan ke venue itu sebelum ini gagal memberikan kejayaan buat Brecel tetapi kali ini, dia bangkit menewaskan nama-nama besar seperti Ronnie O’Sullivan dan Si Jiahui dalam laluannya ke final sebelum menukar strategi untuk menumbangkan juara dunia empat kali berkenaan.

Meneruskan kelebihan 9-8 selepas saingan hari pertama, Brecel mempamerkan aksi di luar kebiasaan untuk menenggelamkan reputsasi besar lawan berkenaan.

Dia melebarkan pendahuluannya kepada 16-10 tetapi berdepan waktu getir ketika Selby memenangi lima frame berturut-turut sebelum pemain muda Belgium itu memenangi dua lagi frame untuk mengungguli perlawanan dramatik berkenaan.

Pada usia 28 tahun, Brecel menjadi juara termuda kejohanan itu sejak Shaun Murphy pada 2005.
 

Advertisement

Must Watch Video