Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Skuasy Kebangsaan: Eain Yow sedia rebut kejuaraan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ng-eian-yow.jpg
Meskipun tewas kesemua perlawanan sejak awal musim ini, pemain skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow, bertekad untuk memburu gelaran juara dalam Kejohanan Kebangsaan di Pusat Skuasy Negara, Bukit Jalil, bulan depan.

Ia bagi mengukuhkan reputasinya sebagai pengganti kepada bekas pemain nombor satu negara, Nafiizwan Adnan, yang mengumumkan persaraannya, baru lalu.

Bagaimanapun, bekas juara dunia remaja 2016 itu tidak memandang rendah terhadap kebolehan rakan-rakannya seperti Ivan Yuen, yang berada di ranking ke-46 dunia, dan Syafik Kamal (ke-88).

"Selepas Nafiizwan bersara, ia merupakan peluang terbaik buat saya untuk menjuarai Kejohanan Kebangsaan," katanya.

Pemain berusia 21 tahun itu, yang tersingkir dalam pusingan pertama Terbuka British bulan lalu, mengakui tidak mahu melepaskan peluang untuk memperbaiki kelemahannya menjelang Terbuka China, September depan.

Bagaimanapun, dia menyifatkan kekalahan dalam Terbuka British itu sebagai pengalaman dan pendedahan berguna buatnya untuk meningkatkan prestasi.

"Walaupun ia keputusan yang kurang bagus, namun keputusan saya sejak tahun lalu hingga Mei lalu boleh dikira baik juga.

"Keputusan yang kurang bagus itu akan memberikan motivasi untuk memperbaiki setiap kelemahan," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video