Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David, tetap berwaspada dengan cabaran barisan pemain muda yang akan bersaing dengannya dalam Kejohanan Skuasy Kebangsaan ke-33.
Nicol diramalkan tidak menghadapi masalah untuk menjulang kejuaraan dalam kejohanan skuasy kebangsaan kali keempat buat dirinya tahun ini.
Ia berikutan ketiadaan pemain utama negara seperti Delia Arnold yang bersara, Low Wee Wern yang masih menjalani pemulihan kecederaan dan S. Sivasangari yang terpaksa menarik
diri pada saat-saat akhir.
Begitupun, Nicol tetap berasakan pemain-pemain muda yang lain masih mampu untuk menghadirkan tentangan buat dirinya ketika hari pertandingan.
"Kejuaraan kebangsaan adalah sesuatu yang mahu saya menangi. Saya mengambil kejohanan ini sebagai persiapan bagi menghadapi cabaran yang lebih sukar tahun ini," katanya.
Untuk tahun 2017, Nicol mahu membuka lembaran baru buat dirinya selepas dikritik ekoran persembahan kurang konsisten di peringkat antarabangsa pada tahun lalu.
Bagi Nicol, dia berada di dalam fasa membentuk semula permainannya sebelum kembali merampas gelaran utama dunia bagi tempoh mendatang.
"Buat saya, terdapat beberapa perkara yang perlu saya pertingkatkan mutu permainan saya dan berharap lebih banyak kejuaraan bagi tahun ini."