Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia: Kejuaraan berganda buat atlet skuasy negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

skuasy.jpg
Kejuaraan berganda kem negara di Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia mengukuhkan lagi status gergasi di rantau ini.

Skuad wanita yang diketuai pemain nombor 10 dunia dan pemenang emas Sukan Asia Hangzhou, S. Sivasangari, menjadi teraju utama kejayaan menumbangkan juara bertahan dari  Hong Kong 2-0.

Namun, di sebalik kejayaan skuad lelaki, kerja rumah yang dilakukan barisan kejurulatihan negara jadi pemisah apabila taruhan untuk meletakkan Ameeshenraj Chandaran sebagai perseorangan ketiga ternyata mematikan langkah Hong Tang Ming.

Percaturan taktikal itu menyaksikan Syafiq Kamal tidak beraksi -- percaturan tepat dan berani biarpun Syafiq merupakan pemain yang jauh lebih penggalaman berbanding Ameshenraj.

Advertisement

Must Watch Video