Peluncur wanita Amerika Syarikat, Regina Jaques, akan mempertahankan kejuaraan dunia buat kali keempat berturut-turut dalam Kejohanan Dunia Ski Air 2019 di Putrajaya bermula Selasa depan.
Selain peluncur veteran berusia 35 tahun itu, skuad Amerika Syarikat turut terdiri daripada penyandang juara dunia lelaki kategori trick, Adam Pickos, dan bekas juara dunia acara jump 2011, Freddy Krueger.
Kanada turut mengesahkan penyandang juara dunia lelaki acara jump, Ryan Dodd, dan juara dunia acara trick wanita, Neilly Ross, selain Australia membariskan juara dunia wanita acara jump, Jacinta Carroll.
Malaysia akan diwakili empat atlet, iaitu trio adik beradik, Aaliyah, Aiden, dan Adam Yoong Hanifah serta dilengkapi penyertaan Nadiah Nasir.
Timbalan Presiden Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Malaysia (MWWF), Alex Yoong, yang mengesahkan penyertaan jaguh-jaguh dunia itu hari ini, berkata pusingan awal akan berlangsung dari 13 hingga 16 Ogos manakala acara final pada 17 dan 18 Ogos ini.
Sempena kejohanan tersebut, pelbagai acara santai dan hiburan akan turut diadakan bagi memeriahkan suasana pertandingan untuk menarik lebih ramai penonton ke Kompleks Sukan Air di Presint 6, Putrajaya.
Karnival menarik berbentuk hiburan dan gerai pelbagai jenis hidangan akan diadakan dari 15 hingga 18 Ogos ini dengan persembahan artis dan selebriti tempatan seperti Anne Abdullah, Zarina Zainuddin, Aidil Aziz dan Zakiah Anas.
”Objektif karnival tersebut adalah bagi menggalakkan orang ramai datang beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada pasukan negara serta mengambil peluang menikmati pelbagai jenis makanan dan hiburan,” katanya.
-- BERNAMA