SUKAN LAIN
Kejohanan Sirkit Akhir Kebangsaan platfom skuad memanah para negara senarai pemanah terbaik
Skuad memanah para negara akan menggunakan Kejohanan Sirkit Akhir Kebangsaan yang bermula Isnin ini sebagai platfom untuk mencari pemanah bagi menghadapi Sukan Para ASEAN 2017 Kuala Lumpur.
Menurut jurulatih memanah para negara, Marzuki Zakaria, kejohanan itu nanti harus dimanfaatkan sebaik mungkin semua pemanah untuk membuktikan kemampuan masing-masing.
Ia termasuk mereka yang kini berada di dalam skuad kebangsaan agar tidak mempamer prestasi yang merudum.
Iklan
Apa yang menjadi keutamaan ialah menambah bilangan pemanah wanita, khususnya untuk acara pasukan campuran.
Selain itu, sasaran dua emas bagi Sukan Para ASEAN tahun hadapan menjadi matlamat buat skuad memanah para negara.
Pada edisi 2015 di Singapura, Malaysia meraih satu emas menerusi Yuhaizam Yahya di samping dua pingat perak serta satu gangsa.
“Kami akan memanggil semua atlet dari seluruh Malaysia untuk bertanding dalam sirkit akhir dan kami akan menilai untuk memilih beberapa atlet untuk berada di dalam program Sukan Para Asean,” ujarnya.
Dalam pada itu, Marzuki mengharapkan tiada lagi masalah peralatan akan menimpa pemanah negara dengan seluruh kelengkapan berkenaan akan ditukarkan kepada yang baharu sedikit masa lagi.
Kekurangan peralatan, khususnya alat gantian, menyukarkan pemanah negara seperti yang dialami Yuhaizam semasa temasya Paralimpik Rio baru-baru ini.
“Dalam sukan memanah, kami memerlukan kelengkapan yang secukupnya untuk menjalani sesi latihan.”
Must-Watch Video