Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Silat Dunia: Robial Sobri diusung keluar gelanggang untuk bergelar juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

robial-sobri.jpg
Pesilat negara, Robial Sobri, tidak sedarkan diri dan diusung keluar gelanggang sebelum disahkan bergelar juara dunia sebentar tadi.

Dalam aksi final acara tanding putera kelas I di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) itu, Robial ditumbuk dibahagian muka oleh pesilat Singapura, Shahfareeq Shahrudin, sehingga tumbang dan terpaksa menerima rawatan segera.

Tindakan Shafareeq itu menyaksikan dia dibatalkan penyertaan biarpun sedang mendahului 23-16, sekali gus memberikan kemenangan buat Robial untuk bergelar juara dunia buat kali pertama.

Pingat emas terbaru itu menyaksikan kem silat negara semakin hampir untuk mencapai sasaran tujuh emas selepas kem silat seni meraih tiga emas kelmarin.




 

Advertisement

Must Watch Video