Perenang negara, Daniel Bego, mahu mempamerkan aksi terbaik dalam Kejohanan Renang Terbuka Malaysia bermula esok untuk memastikan dirinya layak ke Sukan SEA Kuala Lumpur.
Daniel telah memutuskan ini akan menjadi Sukan SEA terakhirnya selepas kali pertama menyertai temasya itu pada tahun 2001 di Kuala Lumpur
Justeru, ia merupakan pengakhiran yang terbaik untuknya di laman sendiri juga dan cukup penting bagi Daniel untuknya terpilih beraksi dalam edisi ini.
Paling utama adalah perlu memastikan dia tidak terdedah kepada sebarang kecederaan dalam mempertaruhkan aksi bagi acara 100, 200, dan 400 meter gaya bebas.
"Saya baru membuat keputusan pada lima bulan lepas untuk melayakkan diri ke Sukan SEA. Saya perlu memberikan tumpuan penuh dan cuba memberikan yang terbaik," kata Daniel.
Pemenang lima pingat emas Sukan SEA 2009 ini, bagaimanapun, mengharapkan dia dapat menyesuaikan diri sebaik mungkin apabila kali pertama menjejakkan kaki di Pusat Akuatik Hang Jebat itu.
"Ini merupakan kali pertama saya beraksi di Pusat Akuatik Hang Jebat, saya berharap dapat memberikan yang terbaik dan mengelak daripada sebarang kecederaan."