Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Renang Terbuka Malaysia 2017: Welson belum berada di tahap terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

8517welson.jpg
"Saya mampu buat yang lebih baik," itu luahan atlet renang lelaki negara, Welson Sim, yang menganggap aksinya dalam Kejohanan Renang Terbuka Malaysia 2017 masih belum di tahap yang dia benar-benar inginkan.

Welson, antara yang diberikan tumpuan dalam kejohanan yang berlangsung di Pusat Akuatik Hang Jebat itu, hanya berjaya memperbaharui satu rekod kejohanan bagi acara 200m gaya bebas lelaki dengan catatan 1:48.50 saat.

Meskipun berpuas hati dengan rekod itu, dia menyifatkan masih lagi mampu untuk meraih pencapaian yang lebih baik daripada segi catatan masa. 

Bagi Welson, kurangnya saingan yang kompetitif dalam kejohanan itu antara punca dia tidak berasa tercabar untuk mempamerkan aksi sebenar.

"Jika terdapat beberapa perenang yang menyertai kejohanan ini yang mampu memberikan saingan kepada saya, saya percaya mampu menghasilkan masa yang lebih baik," kata Welson.

Perenang muda negara, Chan Jie, pula melihat peluangnya beraksi dalam Sukan SEA 2017 buat kali pertama cerah selepas meraih tiga pingat emas secara keseluruhan dalam Terbuka Malaysia

Secara keseluruhan, dia tidak menolak prestasinya masih bukan di tahap terbaik tetapi tetap berpuas hati dengan catatan masa, khususnya bagi acara kegemarannya,  100 meter dan 50 meter gaya bebas.

"Saya percaya peluang untuk menyertai Sukan SEA kali ini amat cerah kerana saya adalah yang terbaik di dalam dua acara yang bakal dipertandingkan pada Ogos nanti," ujar Chan Jie.

Advertisement

Must Watch Video