Kejohanan Renang Peringkat Usia yang bakal membuka tirai esok melibatkan perenang elit dan pelapis dari Malaysia, Indonesia, Filipina serta beberapa negera lain.

Bagaimanapun, perenang pelapis kebangsaan, Harry Chong, yang bakal bertanding dalam acara 100 meter kuak dada tidak meletakkan sebarang sasaran untuk kejohanan itu tetapi mahu memperbaiki masa catatan peribadinya.

"Saya berasa yakin untuk menghadapi kejohanan ini memandangkan sudah membuat persediaan sejak bulan lalu.

"Apa pun saya bertekad memberikan persembahan terbaik dan lihat hasilnya kelak.

"Selepas ini saya akan bertanding dalam Kejohanan Kebangsaan Singpura, Jun depan.

"Saya mahu melihat kemajuan. Saya perlu mencatat 1:40.00 saat dalam kejohanan ini dan beralih pula ke 1:20.00s," kata perenang 100 meter kuak dada itu.

Lain pula matlamat diintai Teo Zun Jet yang pertama kali tersenarai ke Kemboja bulan depan.

Dia tetap yakin mampu memberikan renangan terbaik tetapi tidak meletakkan sebarang sasaran pingat untuk bersaing dalam kalangan perenang berpengalaman.

"Saya gembira kerana pada usia 17 tahun, saya berpeluang untuk menyertai Sukan SEA.

"Selepas kejohanan ini saya akan mula berlatih untuk acara aquathlon berganti-ganti sempena Sukan SEA selain fokus melakar catatan peribadi terbaik untuk acara individu," kata perenang perenang 100 meter & 200 individu rampaian itu.