Kejohanan ragbi tujuh sepasukan tawar peluang bermain Skuad Bunga Raya

Najmi Iman
Julai 4, 2024 19:21 MYT
Kejohanan ikonik sukan ragbi tahunan kembali lebih gah dan signifikan kepada penganjuran ragbi tujuh sepasukan kebangsaan dan Piala Agong.
Selain menawarkan persaingan sihat menerusi peningkatan jumlah pasukan bertanding, kedua-dua kejohanan itu menjadi medan terbaik buat pemain menembusi skuad skuad bunga raya.
Bagi kelompok pemain berusia 21 tahun kebawah, prestasi mereka akan dinilai dalam saingan ragbi tujuh sepasukan kebangsaan untuk diketengahkan ke siri Asia di Korea, China dan Thailand, hujung tahun ini.

Kalendar sukan ragbi terus meriah menerusi penganjuran Ragbi 7s & Piala Agong 2024. Berikut merupakan keputusan undian peringkat kumpulan yang berlangsung di Wisma OCM @ASTROARENA pic.twitter.com/lbXMxXjALT

— karlnunis (@_karlnunis) July 4, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kategori lelaki terbuka termasuk juara bertahan, Terengganu, mempunyai peluang cerah bagi meraih kejuaraan treble apabila diundi dalam kumpulan D bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Perak.
"Ramai di kalangan pemain Bunga Raya tujuh sepasukan Malaysia belum memasuki kem latihan fasa dan mereka bebas untuk menyertai kejohanan tujuh sepasukan kebangsaan.
"Bagi kategori lelaki dan perempuan, ini adalah kesempatan terbaik untuk mereka menampilkan persembahan cemerlang supaya dapat dinilai bagi memasuki skuad kebangsaan," kata Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Amri Mohamad.
#Ragbi #Piala Agong