Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Ragbi Cobra 10s: Atasi Daveta, Cobra muncul juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cobra.jpg
Hari terakhir Kejohanan Ragbi Cobra 10s menyaksikan tuan rumah berjaya menjaga maruah apabila diumumkan selaku juara setelah menumpaskan pasukan Daveta dengan keputusan akhir 19-0.

Menurut Ketua Jurulatih Cobra, Mike Rogers, kemenangan yang dapat dikekalkan selepas kali terakhir di julang pada 2019 sememangnya memberikan makna istimewa kepada pasukannya yang berhempas pulas hingga ke pentas akhir.

Dalam masa sama, ketua pasukan, Drew Wild, percaya pendekatan strategi yang berbeza ternyata memberi Cobra peluang untuk mendominasi perlawanan yang dianggap medan balas dendam, susulan kekalahan kepada pasukan Daveta dalam pusingan kumpulan.

Skuad Cobra Venoms pula mengalahkan 17-5 Dingoes untuk dinobat juara kategori wanita.
 

Advertisement

Must Watch Video