Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Ragbi Asia: Malaysia atasi UAE dalam aksi pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lee-nyuk-fah_1.jpg
Skuad ragbi negara memulakan kempen Kejohanan Asia Divisyen 1 dengan langkah kanan selepas menundukkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 36-22 hari ini.

Di atas kertas, Malaysia turun selaku pasukan pilihan, bukan hanya kerana beraksi di laman sendiri tetapi dengan status selaku juara bertahan.

Bagaimanapun, jika melihat kepada barisan pemain UAE yang kesemuanya dibarisi pemain naturalisasi, kedua-dua pasukan beraksi secara terbuka.

Skuad negara kendalain Lee Nyuk Fah itu memulakan saingan babak pertama dengan nada keyakinan.

Diterajui awang import Fiji, Jone Marawa Nasalo, memacu jentera serangan, Malaysia membuka langkah menerusi dua try disusuli conversion sempurna untuk skuad negara mendahului 17-10 menuju waktu rehat.

Corak permainan berintensiti tinggi terus dipamerkan Malaysia dan hasilnya skuad negara menambah tiga lagi try untuk aksi berkesudahan 36-22 tamat sepenuh masa.

"Kami menjangkakan saingan lebih sengit kerana mereka mempunyai pemain yang memiliki fizkal yang kuat di samping larian pantas.

"Bagaimanapun, pemain saya berjaya mengawal permainan, terutama ketika melakukan scrum," ujar Nyuk Fah.

Dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal, Sri Lanka mencatat kemenangan 24-13 ke atas Filipina.

Malaysia kini menerajui kedudukan dengan lima mata, diikuti Sri Lanka dengan empat mata.



 

Advertisement

Must Watch Video