Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Ragbi Asia 7s: Nik Safuan bakal ganti tujuh pemain baru dalam siri kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ismade.jpg
Kem negara berjaya memperoleh tempat keenam secara keseluruhan di Kejohanan Ragbi Asia 7s sepasukan dalam siri 1 yang berakhir semalam, jurulatihnya, Nik Safuan Ismade, berpuas hati dengan prestasi anak buahnya namun enggan merasa selesa.

Ini susulan jumlah perlawanan yang terhad belum cukup, malah kelemahan dalam aspek penyesuaian permainan perlu segera diperbaiki.

Dalam lima perlawanan sepanjang kejohanan itu menyaksikan tiga kemenangan dan dua kekalahan diraih skuad Bunga Raya.

Menjelang siri kedua di Sri Lanka pada 18 hingga 19 Oktober depan, dia terpaksa menggantikan tujuh pemain utama yang dibelenggu masalah kecederaan sekali gus membuka peluang buat pemain lain.

"Kita masih lagi tidak melihat kekuatan sebenar pasukan Thailand, Singapura dan Filipina yang tidak bertemu dalam peringkat kumpulan dan siri kedua.






"Mungkin dalam siri kedua mungkin akan bertemu mereka, saya mungkin akan menukar pemain yang cedera dan perlu direhatkan sementara dalam siri kedua nanti," katanya.

Meskipun pasukan negara dikejutkan dengan perkhabaran duka mengenai pemergian ibunda Wan Azley Wan Omar atau dikenali sebagai Jay Jay ketika beraksi di Hangzhou, skuad Bunga Raya tetap mengekalkan momentum terbaik sehingga tamat kejohanan.

Selaku kapten, Muhammad Azwan Zuwairi, turut berkongsi rasa hiba akan keadaan jay jay dan mencadangkan dia untuk direhatkan daripada bermain bagi memberikan ruang buatnya bertenang.

Setibanya di lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), jay jay gegas berangkat ke kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan.

"Sebelum ini demam biasa dan dengan berita itu mengejutkan, selepas dapat tahu kami semua berkumpul semua sekali dan sebelum pulang kami sudah solat jenazah ghaib itu ibunya." tambahnya.
Supplement

Tenaga Untuk Kekal Sihat

Bantu tingkatkan daya tahan & fokus supaya sentiasa berada di prestasi terbaik.


Beli Sekarang

Advertisement

Must Watch Video