RAGBI

Kejohanan Ragbi 7s Asia Tenggara: Azwan Zuwairi sasar skuad Bunga Raya pertahan gelaran juara

Stadium Astro
Saufi Tahir
03/04/2025
11:53 MYT
Sponsor Banner
Kejohanan Ragbi 7s Asia Tenggara: Azwan Zuwairi sasar skuad Bunga Raya pertahan gelaran juara
Menjelang Kejohanan Ragbi 7s Asia Tenggara di Singapura yang bakal membuka tirai esok, tonggak utama skuad Bunga Raya, Azwan Zuwairi, optimis dengan persiapan rapi pasukan bagi aksi menentang pasukan pilihan Filipina di peringkat kumpulan.
Azwan juga menjangkakan aksi sengit yang akan dipamerkan jika Filipina menurunkan barisan utama, namun wakil negara tekad untuk mempertahankan kejuaraan tahun lalu.
"Untuk perlawanan pertama berdepan Filipina, saya jangka aksi sengit jika mereka turunkan pemain utama daripada luar negara.
"Namun, itu tidak mematahkan semangat kami kerana persiapan kami agak rapi dengan latihan berintensiti tinggi serta persiapan mental.
"Sasaran kami bergelar juara, kami harus menang berdepan Indonesia dan Filipina," katanya.
Dalam pada itu, ketua jurulatih skuad negara, Nik Safuan Ismade, pula tidak mahu anak buahnya memandang enteng dengan kemampuan Filipina yang rata-rata dibarisi pemain naturalisasi.
Malah, Nik Safuan yakin skuad negara mampu mencipta kejutan ke atas pasukan yang dikenali sebagai 'The Volcanoes' itu nanti.
"Jangkaan aksi Malaysia dan Filipina sengit, kami tidak boleh pandang rendah Filipina kerana pemain mereka naturalisasi daripada New Zealand, Amerika Syarikat dan Australia.
"Ini bukan alas an untuk kami, saya yakin Malaysia mampu beri cabaran dan raih kemenangan dalam aksi hari pertama." tambahnya.
Dengan berbaki kurang daripada 24 jam ke perlawanan pembukaan kem negara di Singapura di mana skuad wanita pula akan berdepan wakil tuan rumah sebelum pertemuan dengan Indonesia yang turut berada dalam kumpulan yang sama.
Skuad Bunga Raya lelaki pula perlu membuat perhitungan dengan Indonesia sebelum berdepan tugas getir dengan filipina di sebelah petang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video