Skip to main content

Tenis

Kejohanan Queen's Club: Alcaraz benam Dimitrov, mara ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

skysports-tennis-carlos-alcaraz_6196527.jpg
Pemain pilihan utama, Carlos Alcaraz, mara ke separuh akhir pertama ATP gelanggang rumput apabila menewaskan bekas juara, Grigor Dimitrov, 6-4, 6-4 pada Kejohanan Queen's Club semalam.

Dimitrov, pemenang 2014 yang menyertai kejohanan melalui kelayakan tahun ini, merupakan musuh kepada diri sendiri. 

Dia melakukan servis pertama yang lebih baik dan memiliki lebih banyak peluang untuk merampas permainan namun 16 kesilapan tanpa paksaan dan tujuh kesalahan berganda memaksanya untuk akur dengan kekalahan dalam perlawanan ini.

“Grigor adalah pemain terbaik di mana-mana permukaan, tetapi terutamanya di rumput. Tetapi saya bermain dengan sangat baik dari awal hingga tamat permainan,” kata Alcaraz.

"Saya seorang pemain yang belajar dengan cepat dan saya berasa sangat selesa bermain di atas rumput."

Alcaraz turut merekodkan 8-0 sepanjang tahun ini untuk mara ke suku akhir.

Di separuh akhir, dia akan menentang Sebastian Korda, ke separuh akhir rumput pertamanya juga bagi musim ini. Korda menjadi pemain Amerika pertama yang mara ke separuh akhir kejohanan ini dalam tempoh 11 tahun selepas menewaskan Cameron Norrie 6-4, 7-6 (1).

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video