Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Pra-Sukan SEA kayu pengukur nilai persediaan negara -- Marina

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marina-chin.jpg
Chef-de-mission (CDM) kontinjen negara ke Sukan SEA Kuala Lumpur, Datuk Marina Chin, melihat Kejohanan Pra-Sukan SEA bukan platform sesuai untuk mendapat bayangan awal sejauh mana kutipan pingat mampu dijelmakan oleh kontinjen negara dalam temasya sebenar, 19-31 Ogos nanti.

Beberapa persatuan sukan bakal menganjurkan kejohanan itu pada Mac dan April ini sebagai medan terakhir pemilihan atlet.

Situasi itu membuatkan Marina mengingatkan bahawa Pra-Sukan SEA bukan platform tepat melihat kekuatan negara pesaing yang pasti tidak akan menghantar atlet terbaik mereka.

Bagaimanapun, kejohanan itu hanya memudahkan penganjur memperbaiki semua kelemahan sebelum temasya sebenar berlangsung.

"Pra-Sukan SEA adalah kayu pengukur untuk menilai persediaan kita sebagai penganjur. Daripada segi pencapaian atlet, saya jangka akan ada negara yang tidak menghantar atlet terbaik," katanya.

Marina turut menegaskan atlet negara tidak berdepan masalah dalam persediaan masing-masing dan optimis senarai akhir atlet akan dimuktamadkan awal April ini.

"Selepas ini, kami akan mengadakan mesyuarat pengurus pada setiap bulan. Kalau ada masalah dari sana, kami akan cuba bantu untuk menyelesaikannya selain akan turut mendapatkan laporan."

Advertisement

Must Watch Video