SUKAN LAIN
Kejohanan Polo Piala Agong 2023: Skuad Polo DiRaja Pahang, Brunei antara pasukan pilihan
Kejohanan Polo Piala Agong 2023 yang membuka tirainya di Putrajaya, bermula esok bakal menyaksikan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berentap dengan tujuh lagi pasukan terkemuka.
Antaranya ialah Royal Pahang Polo Team, Royal Brunei, Jogo Polo, Ranhill dan banyak lagi.
"Setiap pasukan memiliki kualiti tersendiri namun dalam setiap pasukan mampu menjadi cipta kejutan," kata Presiden Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA) Datuk Syed Budriz Putra.
Iklan
"Dengan penganjuran ini, kami berharap untuk mendapatkan lebih banyak liputan sekaligus menarik lebih ramai peserta untuk bersaing dalam sukan ini."
Syed Budriz turut mengucapkan tahniah kepada ekuin negara, Qabil Ambak Mahamad Fathail selepas meraih emas Sukan Asia Hangzhou, Khamis lalu.
Sementara itu, Kementerian Belia dan Sukan meluluskan geran padanan sukan berjumlah RM300,000 kepada RMPA untuk menganjurkan kejohanan terbabit.
Must-Watch Video