SUKAN LAIN
Kejohanan Para Dunia: Afiq cipta sejarah baru negara
Sejarah baru tercipta dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia, Grand Prix Dubai, apabila jaguh pecut para negara, Afiq Ali Hanafiah, meraih pingat emas acara 100 meter T11-12, semalam, untuk menjadi pelari pecut pertama negara mengungguli acara berkenaan.
Pelari berusia 25 tahun itu mengungguli acara 100 meter klasifikasi T11-12 yang merupakan klasifikasi masalah penglihatan.
Afiq mencatat masa 11.48 saat bagi mengatasi pencabar dari Jepun, Shunya Yamaji, yang meraih perak dengan perbezaan 0.15 saat
Iklan
Gangsa pula milik pelari Sweden, Luis Goncalves, dengan catatan masa 11.73 saat.
Sebagai rekod, catatan peribadi terbaik Afiq adalah 11.20 saat yang dilakar di peringkat saringan Sukan Komanwel Gold Coast 2018 di mana dia turut mengakhiri penantian 16 tahun Malaysia untuk meraih pingat acara olahraga dalam temasya itu
"Syukur Alhamdulilllah, saya gembira kerana dapat menyumbangkan pingat emas buat negara.
"Stratregi saya untuk melakukan sehabis baik memberikan kejayaan.
"Insya-Allah, saya akan mencuba lagi dalam kejohanan akan datang untuk memperbaharui catatan terbaik saya," kata Afiq.
Must-Watch Video